Selasa, 4 Disember 2012

Kesalahan Struktur Ayat.


Sebanyak  90%   pelajar  dikelas ini yang  melakukan  kesalahan  dalam  sruktur  ayat. Kebanyakkan  responden  membina ayat  yang memperlihatkan  pengaruh bahasa ibunda   iaitu penggunaan objek kata nama   pada pangkal  ayat. Ayat-ayat yang dibina juga tidak gramatis. 
Contoh  kesalahan murid
1.  Ibu  meletakkan makanan di atas kain yang  untuk duduk ( salah)
      Ibu meletakkan makanan di atas  sebidang tikar tempat kami duduk.(betul)
2.  Esok pagi, saya dan kakak  bangun dengan  awal tak perlu  ibu  panggil  (salah)
 Keesokkan paginya, saya dan kakak bangun  awal . Tidak  perlu dikejutkan oleh ibu.(betul)
3.  Kami segera   menukar baju renang di tandas awam. (salah)
     Kami segera   memakaikan baju renang  ditandas awam.( betul)

Isnin, 3 Disember 2012

Kesalahan kata ganti diri


Kesalahan   penggunaan kata  ganti  diri  yang  paling banyak  dilakukan oleh responden saya   ialah Kata ganti  diri   KITA.  Seramai  50%   responden saya yang  melakukan kesalahan ini. Kata ganti diri kita  merujuk kepada  diri  orang yang bercakap  serta  sekalian  yang hadir.  Kata ganti diri ialah kata nama yang  berfungsi  menanyakan hal benda, perkara  atau manusia. Terdapat dua jenis kata ganti  diri iaitu kata ganti diri Tanya  dan kata ganti diri orang. Kata ganti orang pula terdiri daripada orang pertama, kedua dan ketiga.
Contoh  kesalahan  murid.
1.  Ayah membawa kita sekeluarga berkelah di kawasan air terjun. (salah )
     Ayah membawa  kami  sekeluarga berkelah di kawasan air terjun.  ( betul )
2. Selepas satu  jam kemudian, kamu  pun samapai  ditepi air terjun. ( salah )
     Selepas satu  jam   kemudian,kami pun  sampai di tepi air terjun.  ( betul)
3. Apabila kita  lapar, kamu  pun  naik ke atas un tuk menikmati  makanan yang disediakn  
ibu.(salah)
Apabila  kami lapar, kami pun naik ke atas untuk menikmati   makanan yang disediakan oleh
ibu. ( betul)

Isnin, 26 November 2012

. Kesalahan Ejaan


             Daripada  kajian  saya, saya mendapati  bahawa kesalahan ejaan adalah  kesalahan yang  paling kerap dilakukan. Dari  21 orang pelajar dalam ini, hanya  5 orang saja  yang tidak melakukan kesalahan ini.  Kebanyakan   pelajar yang melakukan  kesalahan  ini, bukan disebabkan  mereka tidak tahu tetapi  kerana kecuaian mereka. Para pelajar  juga cenderung   mengeja  perkataan mengikut sebutan  dialek,  terpengaruh dengan  bahasa asing  dan  bahasa  SMS. Selain itu, bahasa Melayu juga merupakan  bahasa kedua  bagi kebanyakkan responden saya,jadi  mereka hanya memperoleh  pengetahuan tentang bahasa itu melalui   disebut  dengan sebutan yang tepat , maka  perkataan tersebut   pastilah  akan di eja salah.

Contoh   kesalahan  murid.
1. Ibu     menhidankan  banyak  makanan untuk  kami. ( salah )
    Ibu   menghidangkan  banyak  makanan untuk kami. (  betul )
    2.   Tiba –tiba  adik   menjador  di air terjun.  ( salah )
        Tiba – tiba adik  terjatuh di air terjun  .  ( betul )
   3.   Empat  puluh minute  kemudian, ibu  hendak  kami  menikmati  makanan.( salah )
        Empat  puluh minit  kemudian , ibu menyuruh  kami menikmati  makanan ( betul )
    4.    Saya  sangat    leper, saya makan dua bungkus nasi lemak. ( salah )
        Saya  sangat  lapar.Saya makan dua bungkus nasi  lemak. ( betul )

Selasa, 20 November 2012

Kesalahan memberikan imbuhan


  
         Dalam kajian kes ini, saya mendapati  pelajar-pelajar saya  tidak  menguasai kemahiran  membentuk  kata terbitan.,iaitu proses  menggandingkan  imbuhan pada  kata dasar. Perkataan imbuhan sebenarnya terdiri daripada  imbuhan awalan, imbuhan akhiran , imbuhan apitan dan imbnuhan sisipan.
          Dapatan  analisis kesalahan tatabahasa  menunjukkan  yang  paling banyak dilakukan  oleh pelajar saya  ialah  kesalahan memberikan  imbuhan.  Sebanyak  73 % ( 15 orang daripada 21 ) yang melakukan  kesalahan ini.  Terdapat dua  pendapat yang  menerangkan kenapa  kesalahan ini boleh berlaku.


1.  Menurut   Azman wan Chik 1989
              - melakukan kesalahan imbuhan  kerana  mereka keliru dengan  bunyi  sebutan 
                imbuhan   dan tidak menguasai  aspek  makna  imbuhan tersebut.
2.   Menurut   Abdullah  1989
               -  menyatakan  pelajar melakukan kesalahan  imbuhan kerana  mereka tidak 
                  memahami  fungsi imbuhan.



Contoh   kesalahan murid.
1.  Apabila  sampai di sana ,ibu  melari  seperti  seekor arnab  .( salah )
     Apabila sampai di sana ,ibu   berlari seperti seekor arnab.   ( betul )

2.  Di sana   mendapat  banyak orang  yang sedang berkelah  ( salah )
      Di sana  terdapat  banyak  orang yang sedang  berkelah . ( betul )

3. Kami  pun   sedia   pergi ke kawasan air terjun.  ( salah )
     Kami pun  bersedia  pergi ke kawasan   air  terjun  ( betul )

Rabu, 14 November 2012

Gotong - royong

1.  Murid-murid  lelaki  mewarnakan  gambar  Jalur  Gemilang  pada  dinding  bangunan  sekolah .
2.  Seorang  murid  perempuan  membantu  Cikgu  Lim  menanam  pokok  bunga  di  kawasan  sekolah .
 3.  Tukang  kebun  menebas  lalang  dengan  menggunakan   sabit  agar  kelihatan  bersih.
4.  Ahli   pengakap  menatang  dulang  berisi  air   untuk   diberikan  kepada  guru  dan  murid  yang  membersihkan   kawasan  sekolah .
 5.  Sebuah   lori  digunakan  untuk  mengangkat  sampah  ke  tempat  pembuangan  sampah.