Daripada kajian
saya, saya mendapati bahawa
kesalahan ejaan adalah kesalahan
yang paling kerap dilakukan. Dari 21 orang pelajar dalam ini, hanya 5 orang saja
yang tidak melakukan kesalahan ini.
Kebanyakan pelajar yang
melakukan kesalahan ini, bukan disebabkan mereka tidak tahu tetapi kerana kecuaian mereka. Para pelajar juga cenderung mengeja
perkataan mengikut sebutan
dialek, terpengaruh dengan bahasa asing
dan bahasa SMS. Selain itu, bahasa Melayu juga
merupakan bahasa kedua bagi kebanyakkan responden saya,jadi mereka hanya memperoleh pengetahuan tentang bahasa itu melalui disebut dengan sebutan yang tepat , maka perkataan tersebut pastilah
akan di eja salah.
Contoh kesalahan
murid.
1. Ibu menhidankan
banyak makanan untuk
kami. ( salah )
Ibu menghidangkan banyak
makanan untuk kami. ( betul )
2. Tiba –tiba
adik menjador di air terjun. ( salah )
Tiba – tiba adik terjatuh di air terjun . (
betul )
3.
Empat puluh minute kemudian,
ibu hendak kami
menikmati makanan.( salah )
Empat
puluh minit kemudian , ibu
menyuruh kami menikmati makanan ( betul )
4.
Saya sangat leper, saya makan
dua bungkus nasi lemak. ( salah )
Saya
sangat lapar.Saya makan dua
bungkus nasi lemak. ( betul )